Selasa, 20 Mac 2012

Ibu Mengandung Tak boleh Berurut?

Pada kebiasaannya, ibu hamil akan mula mengalami kebas-kebas badan seperti kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan dan sebagainya. Ini berlaku samada akibat water retention, pertambahan berat badan, kekurangan kalsium, perubahan bentuk badan (pinggul yang membesar) dan sebagainya.


Akibat permasalahan di atas, ibu hamil akan merasa tidak selesa dan kadangkala menyebabkan sleep apnea (masalah sukar tidur lena), stress, mengganggu aktiviti atau kerja-kerja yang dilakukan akibat kesakitan yang ditanggung. Sekiranya anda mengalami masalah di atas anda boleh meminta suami anda mengurut di bahagian-bahagian tersebut secara perlahan-lahan atau mendapatkan terapi urutan. Namun begitu, penggunaan minyak/losyen yang terlalu panas tidak digalakkan terutamanya di bahagian perut dan pinggang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anda merasa tidak selesa dan merbahaya kepada kandungan anda.

Di luar juga telah banyak spa-spa yang menawarkan terapi urutan bagi ibu-ibu yang hamil untuk memanjakan diri mereka. Namun begitu, anda hendaklah memastikan teknik urutan dan rawatan yang bersesuaian digunakan bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini.

Di Jemari Tradisi Ummi, terapi urutan yang diberikan kepada ibu hamil adalah bersesuaian dengan kehendak tubuh ibu hamil. Dengan tekanan urutan yang bersesuaian, ibu hamil akan diurut seluruh tubuhnya kecuali di bahagian perut. Ibu hamil juga tidak dibenarkan untuk meniarap semasa terapi sedang dijalani. Kebiasaannya setiap sesi terapi akan berlangsung selama 1 jam 45 minit ke 2 jam (bergantung kepada masalah yang dihadapi dan saiz badan pelanggan). Hasilnya, ibu hamil akan merasa selesa dan segar selepas terapi urutan yang diberikan.

Sekiranya anda ibu hamil bagi kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Seri Kembangan dll yang mengalami masalah di atas dan memerlukan terapi urutan dari Jemari Tradisi Ummi, silalah hubungi 013-3535969 untuk tempahan dan pertanyaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan