Khamis, 15 Mac 2012

Tujuan Urut Tradisional

Rawatan urut tradisional sememangnya telah menjadi amalan turun temurun dari nenek moyang kita. Sehingga kini ia masih diamalkan bagi mereka yang mengetahui khasiatnya dan kini turut tersebar meluas di negara-negara barat.

Berurut amat penting kepada wanita-wanita bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan mereka, terutama sekali bagi wanita-wanita yang meningkat ke usia 30-an dan yang baru lepas melahirkan. Dalam menelusuri arus perdana ini, wanita-wanita moden amat terdedah dengan pelbagai tekanan dan menyebabkan masalah kesihatan. 

Antara kepentingan berurut adalah untuk melegakan stress, menurunkan berat badan, masalah urat, memberi kesegaran pada tubuh badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, meningkatkan sistem daya tahan badan, menghilangkan rasa kebas dan lesu.

Bagi wanita selepas bersalin pula, tubuh badan mereka amat lemah dan memerlukan penjagaan yang baik. Dengan berurut dan membetulkan urat saraf, akan memberikan kekuatan dan kesegaran kepada tubuh wanita yang lepas bersalin. Selain berurut juga, beberapa langkah susulan seperti bertungku, mandi herba dan penggunaan jamu masih dititikberatkan.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat urut tradisional bagi kawasan sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya dan Seri Kembangan, sila hubungi 013-3535969 untuk pertanyaan dan temujanji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan